Selasa, 26 Februari 2019

LAMPAM SG. LANGAT

Lampam Sg. Langat boleh di katakan antara yang paling mudah dijinakkan. Hiburan alternatif tatkala patin menyombong.

Persediaan.
1. Perambut 8-10lb (mata gantung)
2. Mata kail kecik
3. Ladung ikut kelajuan arus
4. Umpan roti gardenia

Tips:
Selepas umpan dilempar, pegang joran sebab lampam akan terus meragut umpan. Terasa umpan dilarikan, buat sedikit sentapan bagi memastikan mata kail tertancap kemas. 


Isnin, 23 April 2018

PATIN SUNGAI LANGAT APRIL 2018

22 APRIL 2018
SUNGAI LANGAT
GARDENIA

Alhamdulillah masih ada yang sudi

2.10kg






1.8kg



Perambut



Roti

Isnin, 16 April 2018

PATIN SUNGAI LANGAT REVISITED

Ahad
15 April 2018
Lokasi : Sg. Langat

Sg. Langat beberapa minggu tak hujan ni jadi tumpuan ramai pemancing. Air pun surut menampakkan reba-reba, pulau-pulau batu kat tengah sungai. Bila air penuh balik nanti boleh tuju kat situ untuk balingan umpan.

Turun ke sungai jam 5.30 disambut hujan lebat tapi halus. Alang-alang dah sampai redah ja la. Ingat nak park bawah jambatan, dah ramai pulak orang nya. Set pertama cangkuk umpan roti gardenia 2 inci. Satu lagi set cangkuk cengkerik untuk baung. Siap baling umpan, aku berteduh bawah pokok sawit atas bukit. Hujan makin lebat membawa sampah kayu dan daun hanyut. Tengok keadaan tu ada rasa  macam nak angkat pancing dan balik ja. Tapi tak semena-mena joran berumpan roti tertunduk-tunduk direntap patin. Kelam kabut aku melompat dari atas bukit mengejar joran. Nasib baik cincin joran tu aku sarungkan kat cabang pancang Y. Kalau tak harus terjun dah pancing dalam sungai. Patin kat port ni pandai bawak lari umpan dalam reba. Kalau dah kena jangan bagi can. Patin pertama ni berjaya dinaikkan dengan selamat. Sementara set yang berumpan cengkerik masih sepi.

Keadaan air lepas hujan.. tenang dan menjanjikan hasil..hehe

Tak lama menunggu, strike lagi untuk balingan kedua. Kali ni ikan lebih pantas melilit reba dan akhirnya putus. Dari pemerhatian, kebanyakan kes putus disebabkan geselan gigi patin yang halus macam kertas pasir. Ini untuk yang jenis makan kail masuk habis dalam mulut.  Kalau mata kail betul-betul kat hujung bibir ok lagi sebab tak kena kat tali.  Disarankan guna perambut kasar dan keras macam Zenith atau Dupont. 30lb pun dah cukup. 

Balingan seterusnya pun tak tunggu lama ikan dah jamah umpan. Galak pulak. 





Lepas dapat yang kedua tu boleh kemas-kemas balik rumah dah la. Jam pun dah 6.30 petang. Cukup la rezeki untuk hari tu. Tapau banyak-banyak kang berat lak motor nak bawak..haha 

Khamis, 11 Januari 2018

OPS CICAK

Cicak kat rumah ni makin menjadi-jadi perangai. Berak dah la merata. Cekap lak tu lari. Tak sempat nak jentik ngan getah. Tapi, aku ada solusi yang marveles & murah. 



 Pelekat tikus TOMCAT.. RM2.90. Boleh guna banyak kali.


Letak ja kat bawah dapur/ bawah akuarium/ atas kabinet. Boleh tambah nasi/susu/ulat roti untuk penarik.

                                     Hasil bunuhan:






Rabu, 20 Disember 2017

PATIN SUNGAI LANGAT

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Lama jugak tak merasa tarikan patin liar Sg. Langat ni. Ada la beberapa kali turun dalam tahun ni tapi kumpau daa.. Lepas musim hujan & air sungai dah nampak agak cantik (maksud cantik ni dah tak nampak sampah sarap terapung dalam sungai) maka persediaan untuk menerjah pun dilakukan.

Kali ni aku campak umpan dedak ayam + perisa strawberi ja... tak target patin pun sebenarnya. Kalau dapat lampam pun dah kira ngam. 





Balingan pertama tak sampai 5 minit dah ada getuan-getuan kecil. Aku agak kalau cara getu camni biasanya patin. Sekali lagi getuan dengan tip hujung joran yang menunduk aku balas segera dan ikan membuat henjutan ke arah reba. Pertarungan beberapa ketika berjaya mendaratkan seekor patin dalam skala 800 - 900 gram untuk hari itu:



Alhamdulillah... tak sangka patin sungai ni berminat dengan umpan dedak. Lepas tu beberapa cubaan semuanya tak hook up. Mungkin ikan-ikan kecil atau ikan lebih bijak mencuri umpan. Sebelum balik aku dihadiahkan sekor ikan bandaraya sebagi penutup :-P



Isnin, 23 Februari 2015

AMUKAN GALAH



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Sedikit repot mengudang kat Kg. Sepakat pada 31 Jan 2015 yang lalu.

Jeti : Kg. Sepakat, K. Selangor

Umpan : Perumpun

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang


Kami bergerak ke hulu sungai semasa air sedang bergerak pasang… Ni hasil sesi pagi sebelum kami berhenti rehat & solat kat pengkalan….





Masa tengah rehat2… 2 orang kampung situ balik dengan hasil beberapa ekor udang dan beberapa ekor patin. Dah ada pelanggan siap tunggu kat jeti. Sembang2 dengan pakcik tu..dia cakap “Kalau air macam ni, mintak maaf cakap la.. kalau pakai perumpun, memang TEWAS la” katanya. Huhu… aku yang dari pagi tadi cuma land 5 eko terus rasa down dek kata2 pakcik tu.. kitorang try pow lebihan umpan udang yang pakcik tu pakai..sekali dia kata nak turun balik daa…  takpa, tawakkal je lah..kalau ada rezki, campak kail kosong pun udang boleh sangkut...



Kami bergerak semula menuju ke hulu sungai... tak jauh pun.. pengkalan pun masih boleh nampak lagi. Reba pokok nipah kelihatan menarik untuk kami mencuba.. jam menunjukkan jam 3 petang. Alif mendapat strike pertama untuk sesi petang.. lepas tu dia lagi.. dan lagi sampai 5 eko. Meninggalkan aku yang baru strike seko untuk petang tu. Dan aku punyai masa untuk mengambil gambar dia..heh.

   

Tiba-tiba keadaan berubah bila mana dua joran yang aku tarik untuk cek umpan dihadiahkan udang. Lepas  pada tu, kami tak putus2 menarik udang sampaila air mula bergerak surut..dan tak sempat nak begambar dengan hasil tangkapan dalam bot dek sibuk menarik udang. Cuaca yang dari tadi tenang tiba2 dipukul angin kencang yang membawa hujan rahmat yang memaksa kami bergegas ke pengkalan dan menamatkan sesi pancingan kali ini... syukur Alhamdulillah.. walaupun takda jenggo yang didaratkan, namun kami tak tewas!! Ripiitt !!






Isnin, 25 November 2013

MELAYANG SEBARAU JURVENIL....

Elk Hair Caddis (dah lunyai).....

Balik kampung wife cam biasa mesti turun mancing kasi dapat karen...hehe..
Kali ni layan sebarau jurvenil yang rakus menghentam dry fly yang dihantar....

Layan gambo...

Hasil kunjungan pertama semasa paras air menurun...


Hasil semasa kunjungan kedua...paras air sudah naik & sebarau makin frenzy mengambil dry....









SETUP:

Reel : Zenth (R) 3/4
Rod:  Redington Pursuit
Line:  Budjet WF3
Flies: EHC