Isnin, 23 Ogos 2010

KOMPLOT KERINGKAN TOKAK..HAHA

Komplot yang berlangsung pada bulan Ramadhan al Mubarak ni sebenarnya untuk menguji keberkesanan lure2 DIY yang kami hasilkan ke atas spesis Peacock Bass.. Lokasi pancingan tak jauh dari rumah aku di sekitar Dengkil ajo.. Hasil pertama pagi tu dimulakan oleh Ateh dengan PB jurvenil.

Kena ngan lure DIY tu beb..cayalah Ateh !

Closed up..


Balingan seterusnya memang mendapat sambutan tapi banyak yang rabut. Kami berpindah ke spot yang lain pulak tapi masih di lokasi yang sama. Kali ni jig DIY aku pulak yang mendapat mangsanya..


Lepas tu kami bertalu2 mendapat strike dari PB.. Antara gambar2 yang sempat diambil..


Gewang keramat...


Semua hasil kami lepaskan kembali untuk pertarungan di masa akan datang. Tapi masa nak balik tu datang dua orang budak Cina main umpan idup. Kalo camtu gayanya, banyak la yang akan naik & di bawak balik sama ada untuk dimakan atau bela tak pasti.. habis la port ni..
Lebih kurang jam 11.30 kami meninggalkan lokasi pancingan dengan tekak yang amat kering dan kepenatan. Bahana turun casting bulan pose ni..tapi puas..haha

Jumaat, 20 Ogos 2010

PROJEK 5TH RAMADHAN

Pagi Ahad lepas sahur plan ngan Ateh panjat Dam Talang..
Sampai kat dam awal pagi +-7.00am.. Fuuhh!! Sebarau tengah frenzy menyambar serangga yang jatuh  ke permukaan air.. Apa lagi, cast la.. Namun seko pun tak sudi. Takpa, ada pilihan lain. Saksikan penghibur kami untuk pagi tu..             




Banyak jugak la yang land. Tapi tak larat nak tangkap gambar semuanya. Sibuk menarik...hehe
Jadi la buat ilang gian..haha.