Rabu, 20 Disember 2017

PATIN SUNGAI LANGAT

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Lama jugak tak merasa tarikan patin liar Sg. Langat ni. Ada la beberapa kali turun dalam tahun ni tapi kumpau daa.. Lepas musim hujan & air sungai dah nampak agak cantik (maksud cantik ni dah tak nampak sampah sarap terapung dalam sungai) maka persediaan untuk menerjah pun dilakukan.

Kali ni aku campak umpan dedak ayam + perisa strawberi ja... tak target patin pun sebenarnya. Kalau dapat lampam pun dah kira ngam. 





Balingan pertama tak sampai 5 minit dah ada getuan-getuan kecil. Aku agak kalau cara getu camni biasanya patin. Sekali lagi getuan dengan tip hujung joran yang menunduk aku balas segera dan ikan membuat henjutan ke arah reba. Pertarungan beberapa ketika berjaya mendaratkan seekor patin dalam skala 800 - 900 gram untuk hari itu:



Alhamdulillah... tak sangka patin sungai ni berminat dengan umpan dedak. Lepas tu beberapa cubaan semuanya tak hook up. Mungkin ikan-ikan kecil atau ikan lebih bijak mencuri umpan. Sebelum balik aku dihadiahkan sekor ikan bandaraya sebagi penutup :-P