Isnin, 14 Februari 2011

PORT PANJAT BUKIT...

Semalam, Ahad 13 Julai 2011 aku memanjat bukit Dam Talang sensorang dengan tujuan menghilangkan gigil sebab dah lama tak tarik toman. Sampai kat gigi air +-7.00 pagi.. Suasana dam pagi tu memang tenang-setenangnye...(rugi tak snap gambar). Paras air pun dah naik sebab hujan lebat beberapa minggu lalu.

       Pagi tu sorang umat pun tara...yahuuu..buleh cast pueh2.. Memula guna katak terbang kat celah2 rumput kat pintu air dam.. Ada sambaran dari ikan mungkin sebarau/toman curut tapi tak lekat. Lepas 15 minit aku kat pintu air, aku pindah port ke area tempat parking bot. Dari jauh nampak ada ikan yang sedang bermain2 air. Kali ni aku pertaruhkan pencil R2C bubble pen 9cm yang dah aku buang kaler asal jadi "transparen". Dalam 3 ke 4 kali lenggok, satu sambaran yang cukup padu dengan hamburan air disertai letupan yang cukup kuat memecahkan kesunyian pagi.. Yes!! hook up! Uish, besar ni kata aku dalam hati. Dalam kepala dah terbayang2 kalo dapat land ikan ni boleh posing puas2 sambil geget rod..hehe.. Pump punya pump, layan punya layan dalam 10 minit cam tu, ikan pun dah rapat ke tebing.. Mak oi, besar ni..tapi ikan masih belum menunjukkan tanda2 dah surender.. Masa aku nak turun ke gigi air nak tarik shock leader, tetiba toman tu buat henjutan terakhir yang menyobabkan mata kail lucut dari mulut beliau... Aduhai..... hampa.. Tapi takpa, mungkin bukan rezki aku.. kira rezki mata je la..haha

         Lepas ambik nafas dalam 10 minit aku teruskan usaha menjejak si toman.. masih lagi dengan lure yang sama, aku berjaya mendapatkan toman pertama pagi tu. Terubat gak hati walaupun saiz curut yo..


Lepas tu pindah ke port yang ada anak sungai kat hujung dam lak..kat situ land lagi seko dengan lure yang sama...pun curut lagi..hihi


Lama gak aku kat spot tu sebelum repeat balik kat port aku lucut monster tadi... Lepas menunggu dalam 5 minit, nampak kelibat ikan ambik nafas dalam jarak yang boleh sampai untuk aku membaling lure.. Lure jatuh betul2 kat olak ikan tu..dalam 2 ke 3 lenggok dengan lure yang sama, kebabooooommmmm!! si toman menyambar.. Yes, lekat!! Kali ni aku sentap beberapa kali biar mata betul2 lekat kat mulut beliau... Dalam 5 minit fight, akhirnya land gak toman dengan saiz yang boleh buat aku gelak sensorang kat situ...kahkahkah... Alhamdulillah.. pueh hati den..




Lepas tu land lagi seko saiz curut...maleh dah nak amik gambar..hehe... Menjadi betul lure tu ari tu. Perati2 lagi kot2 timbul kengkawan dia.. sunyi je.. Balik la...apa lagi mau tunggu. Len kali repeat lagi... Babai..