Isnin, 23 Februari 2015

AMUKAN GALAH



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Sedikit repot mengudang kat Kg. Sepakat pada 31 Jan 2015 yang lalu.

Jeti : Kg. Sepakat, K. Selangor

Umpan : Perumpun

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang


Kami bergerak ke hulu sungai semasa air sedang bergerak pasang… Ni hasil sesi pagi sebelum kami berhenti rehat & solat kat pengkalan….





Masa tengah rehat2… 2 orang kampung situ balik dengan hasil beberapa ekor udang dan beberapa ekor patin. Dah ada pelanggan siap tunggu kat jeti. Sembang2 dengan pakcik tu..dia cakap “Kalau air macam ni, mintak maaf cakap la.. kalau pakai perumpun, memang TEWAS la” katanya. Huhu… aku yang dari pagi tadi cuma land 5 eko terus rasa down dek kata2 pakcik tu.. kitorang try pow lebihan umpan udang yang pakcik tu pakai..sekali dia kata nak turun balik daa…  takpa, tawakkal je lah..kalau ada rezki, campak kail kosong pun udang boleh sangkut...



Kami bergerak semula menuju ke hulu sungai... tak jauh pun.. pengkalan pun masih boleh nampak lagi. Reba pokok nipah kelihatan menarik untuk kami mencuba.. jam menunjukkan jam 3 petang. Alif mendapat strike pertama untuk sesi petang.. lepas tu dia lagi.. dan lagi sampai 5 eko. Meninggalkan aku yang baru strike seko untuk petang tu. Dan aku punyai masa untuk mengambil gambar dia..heh.

   

Tiba-tiba keadaan berubah bila mana dua joran yang aku tarik untuk cek umpan dihadiahkan udang. Lepas  pada tu, kami tak putus2 menarik udang sampaila air mula bergerak surut..dan tak sempat nak begambar dengan hasil tangkapan dalam bot dek sibuk menarik udang. Cuaca yang dari tadi tenang tiba2 dipukul angin kencang yang membawa hujan rahmat yang memaksa kami bergegas ke pengkalan dan menamatkan sesi pancingan kali ini... syukur Alhamdulillah.. walaupun takda jenggo yang didaratkan, namun kami tak tewas!! Ripiitt !!