Jumaat, 16 November 2012

SIRI LAWATAN KE KOLAM SIAKAP JUGRA...

Semalam sekali lagi aku ke Jugra menerjah kolam siakap RM3 tu.. Tujuan utama nak bagi kengkawan opis yang dah teracun merasa karen menarik siakap2 jurvenil kat situ. Keramahan dan kerakusan siakap2 tu menyambar gewang amat menyeronokkan... Kali ni aku casting nyambil2 je sebab siakap hasil trip lepas masih ada lagi kat rumah. Gewang yang dibaling pun kosong je takda mata. Dapat tengok gewang tu melambung ditanduk siakap pun dah seronok.... Meh kita tengok gambar-gambar di hari kejadian....enjoy...

Buleh gelak2....

Suka betul Alip sebab banyak dapat sambaran....


MoYu pun tak kurang hebat....
 


Dua orang otai bottom yang terjebak main casting....baru diorang tau dia punya karen...hehe

Salah sekor yang kena dengan jerkbait (diy).....


Tips:  Siakap kat kolam ni tak memilih sangat pasal gewang. Apa jenis pun semua bedal. Kalau nak best guna la popper.. Seronok tengok permukaan air meletup2 bila dia menyambar. Gewang dimainkan dengan karauan yang perlahan. Kalau guna popper, pop kan sekali, lepas tu pause dalam 3,4 saat dan ulang balik. Kadang-kadang popper/gewang baru jatuh & belum sempat karau dah kena rembat... Begitu jugak kalau guna gewang2 minnow sama ada jenis floating atau sinking. Mainkan dengan karauan perlahan dengan sesekali jerk... Selamat mencuba!!

Hadiah Misteri...

Jumaat lepas balik dari keje, jiran sebelah rumah panggil wife aku dan bagi satu bungkusan courier service. Tengok-tengok bungkusan tu dituju kat aku:



Bukak2 tengok ada surat dari CIMB & si Octo kat dalam.... dalam surat tu dia ucap terima kasih kat aku sebab participate dalam Ultimate CIMB Pass Football Campaign & jadi salah seorang pemenang harian!! Kami anak beranak pelik & terkejut gak sebab seingat aku, takda lak aku joint ke, klik ke memana kempen pasal bola kat CIMB tu. Dah la tak minat bola. Bukak CIMBclicks pun jarang2 sebab internet slow.. Kot2 korang yang ada akaun CIMB yang dapat mende yang macam yang aku boleh la tolong explain kat aku ye... Hmmmmm... tapi takpa jugak, anak pompuan aku la seronok dapat mainan baru...hehehe.. TQ CIMB

Rabu, 14 November 2012

MELAWAT KOLAM SIAKAP JUGRA, BANTING....

Minggu lepas rasa cam nak makan siakap, maka satu operasi telah dijalankan dengan kengkawan opis iaitu Alip & En. R. Punyalah awal kami sampai. Tengok2 kat pagar kolam ada sign " Sorry, We are closed"... alamak.. hampanya perasaan. Dah la datang dari jauh. Aku pun terus telefon owner kolam.. : Hello bang, kolam tak bukak ke ari ni"??. "Bukak la, kol 9".... yahooo.. Perasaan kembali ceria... Tak lama lepas tu owner pun sampai dan kami terus ke kaunter bagi urusan tiker masuk sebanyak RM3....

Balingan pertama aku dengan popper R2C Bubble Pop terus disambar manja....

Alip yang dengan niat nak belajar casting, terus teruja bila balingan beliau dengan lure minnnow (diy) disambut siakap. Lure baru jatuh & tak sempat jerk terus kena sambar. Terkejut la kawan....

Pagi tu siakap amat galak menghentam popper. Sampai aku jadi takut. Bukan takut apa, takut poket rabak nak membayar ikan kang. Sekilo RM15..... Aku pun tukar lure kepada jerk bait (diy) kaler putih mulus.. Baru dua tiga kali jerk dah makan... Baling lagi..makan lagi...aish tak boleh jadi ni.. Tukar lagi lure kaler lain lak. Makan lagi...layan-layan nasib baik lucut. Banyak jugak kes lucut bila dah sampai ke tebing....Fuhhh...nasib baik..Alip pun tak kurang hebatnya dengan hasil 3 eko dalam masa tak sampai 1 jam..

Aku pun ambik keputusan berehat dulu... Dok sembang2 sambil geng sorang lagi yang main bottom taruk makan, taruk makan.... Tak boleh tahan tengok keadaan tu, aku baling sekali lagi popper & naik la siakap last untuk aku ari tu...
 
Hasil



Diorang semua bukan main gumbira dengan hasil masing2. Ada yang baru dapat lesen casting. Ada yang macam tak percaya ikan kat sini punya la rajin makan umpan. Sambil karau2 nak cek umpan pun ikan boleh makan lagi...(cam casting udang kopek la tu)...hehe

Ok la, setakat tu je... esok nak gi lagi ni bawak member2 opis yang dah keracunan....  


JALAN JALAN CARI GITAR

Ahad lepas (11.11.2012), maka berlepaslah aku anak beranak dari BBST ke PJ Old Town mencari sebuah kedai menjual alat2 muzik. Berpusing-pusing gak la mencari. Kedai ni kecik je. Lebih kurang saiz kedai gunting rambut.

Terkejut gak la masa memula sampai. Sebab aku bayangkan kedai tu mesti macam kedai-kedai alat muzik yang lain. Gitar-gitar yang bergantungan kat dinding lain, yang kat rak lain, dengan piano nya, drum set nya dan dsbnya... hehe. 




Ni owner dia tengah packing gitar untuk courier ke Shah Alam.

Anak aku si Haziq tu memang minat sungguh la main gitar. 
 

  Haziq