Selasa, 5 April 2011

PATIN LIAR SUNGAI LANGAT


Lokasi : Sg. Langat (area Jenderam Hilir), Selangor
Target: Patin
Umpan: Roti canai

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

Setelah sekian lama berangan untuk mencuba tarikan patin Sg. Langat, akhirnya sampai jugak waktu yang sesuai semalam memandangkan redanya musim hujan buat sementara waktu. Kelihatan air sungai mulai surut dan bersih dari sampah sarap yang dihanyutkan air.

        Berbekalkan 2 keping roti canai yang dibeli di kedai mamak kat Salak Tinggi, aku memecut ke lokasi buruan dengan harapan dapat menaikkan patin liar Sg. Langat sebagai lesen spesis patin (liar). Sampai ke port pertama, balingan umpan dibuat ke tengah sungai. Kelihatan banyak ikan2 bermain2 air pagi tu. Namun umpan tidak disentuh setelah lebih kurang 15 minit berada di port tersebut.
   
           Akhirnya aku mengambil keputusan berpindah ke port lain berhampiran pintu air di mana kelihatan beberapa pemancing sedang khusyuk menanti ragutan ikan. Sebelum tu aku bertanyakan hasil pemancing kat situ. Katanya masih tiada ragutan walaupun bermacam2 umpan dihulurkan antaranya roti gardenia, cacing, hati ayam dan dedak...tapi beliau baru mendaratkan patin 7kg hari Isnin yang lepas..huhu. Aku mengambil port yang terletak berhampiran pintu air dan terdapat pokok2 rendang untuk aku berteduh.

         Aku terus membuat balingan.  Tak lama lepas tu pemancing tadi beredar selepas tiada menerima satu ragutan pun. Lepas menunggu lebih kurang 15 minit, tetiba hujung joran bergerak2 seakan2 umpan sedang dikutis ikan. Bilamana joran semakin menunduk menandakan umpan dikumam ikan, aku terus melakukan sentapan dan dapat dirasakan mata kail sudah tecacap kukuh pada mulut ikan.. ikan terus memecut laju ke tengah sungai untuk melepaskan diri. Lepas beberapa ketika ikan berjaya dihela ke tebing. Alhamdulillah..berjaya jugak aku mendapatkan lesen patin liar ni.

Port kedua...


Kat seberang tu ada 3 pemancing yang sedang mencuba nasib.

Patin pertama

820 gram aje

                    Aku membuat balingan kedua di spot yang sama...tak sampai 10 minit, umpan dilarikan lagi. Dapat dirasakan ikan yang memakan umpan tu bersaiz besar. Malangnya boleh tersangkut pulak kat tengah2 sungai tu. Mungkin batu ladung yang tersangkut kat celah2 batu sebab aku main mata gantung...ladung kat bawah, mata kat atas. Tarik punya tarik terus putus. Takpa, bukan rezki la tu. Ikat mata baru, cangkuk umpan, baling lagi kat spot yang sama. Memang berkesan betul roti canai ni, tak sampai 10 minit, ikan dah mula menggetu umpan. Aku biarkan dia main-main dulu. Bila hujung joran menunduk aje, terus aku rembat tanpa belas kasihan.

Dan akhirnya, land lagi seko

Kecik sikit

Lepas land ikan tu, aku terus berkemas2 untuk pulang. Tak boleh tamak..hehe. Hari pun macam nak ujan dah.

Ambik gambar hasil dulu. Jadi la buat permulaan.

Sekian sahaja report buat kali ni... Tunggu selepas musim hujan reda kembali nanti...

_____________________________________________________________________________________

Hujan masih turun tak menentu sekarang ni. Ahad lepas ( 1 Mei 2011) aku redah sekali lagi sebab sabtu tu tak ujan. Rupa2nya air masih keruh dan arus agak laju. Kali ni aku berdua ngan Wan. Ada gak la hasil. Masih lagi menggunakan roti canai sebagai umpan.