Jumaat, 16 November 2012

SIRI LAWATAN KE KOLAM SIAKAP JUGRA...

Semalam sekali lagi aku ke Jugra menerjah kolam siakap RM3 tu.. Tujuan utama nak bagi kengkawan opis yang dah teracun merasa karen menarik siakap2 jurvenil kat situ. Keramahan dan kerakusan siakap2 tu menyambar gewang amat menyeronokkan... Kali ni aku casting nyambil2 je sebab siakap hasil trip lepas masih ada lagi kat rumah. Gewang yang dibaling pun kosong je takda mata. Dapat tengok gewang tu melambung ditanduk siakap pun dah seronok.... Meh kita tengok gambar-gambar di hari kejadian....enjoy...

Buleh gelak2....

Suka betul Alip sebab banyak dapat sambaran....


MoYu pun tak kurang hebat....
 


Dua orang otai bottom yang terjebak main casting....baru diorang tau dia punya karen...hehe

Salah sekor yang kena dengan jerkbait (diy).....


Tips:  Siakap kat kolam ni tak memilih sangat pasal gewang. Apa jenis pun semua bedal. Kalau nak best guna la popper.. Seronok tengok permukaan air meletup2 bila dia menyambar. Gewang dimainkan dengan karauan yang perlahan. Kalau guna popper, pop kan sekali, lepas tu pause dalam 3,4 saat dan ulang balik. Kadang-kadang popper/gewang baru jatuh & belum sempat karau dah kena rembat... Begitu jugak kalau guna gewang2 minnow sama ada jenis floating atau sinking. Mainkan dengan karauan perlahan dengan sesekali jerk... Selamat mencuba!!

Tiada ulasan: