Jumaat, 26 Ogos 2011

SEMENYIH THE RETURN

TARIKH : 25 JULAI 2011
AHLI KOMPLOT : ATAM, ATEH, LADUNG
LOKASI : DAM SEMENYIH


































TRIP RAMADHAN

TARIKH : 21 OGOS 2011
TARGET : LAMPAM, SEBARAU DSB NYA.......













Selasa, 5 April 2011

PATIN LIAR SUNGAI LANGAT


Lokasi : Sg. Langat (area Jenderam Hilir), Selangor
Target: Patin
Umpan: Roti canai

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

Setelah sekian lama berangan untuk mencuba tarikan patin Sg. Langat, akhirnya sampai jugak waktu yang sesuai semalam memandangkan redanya musim hujan buat sementara waktu. Kelihatan air sungai mulai surut dan bersih dari sampah sarap yang dihanyutkan air.

        Berbekalkan 2 keping roti canai yang dibeli di kedai mamak kat Salak Tinggi, aku memecut ke lokasi buruan dengan harapan dapat menaikkan patin liar Sg. Langat sebagai lesen spesis patin (liar). Sampai ke port pertama, balingan umpan dibuat ke tengah sungai. Kelihatan banyak ikan2 bermain2 air pagi tu. Namun umpan tidak disentuh setelah lebih kurang 15 minit berada di port tersebut.
   
           Akhirnya aku mengambil keputusan berpindah ke port lain berhampiran pintu air di mana kelihatan beberapa pemancing sedang khusyuk menanti ragutan ikan. Sebelum tu aku bertanyakan hasil pemancing kat situ. Katanya masih tiada ragutan walaupun bermacam2 umpan dihulurkan antaranya roti gardenia, cacing, hati ayam dan dedak...tapi beliau baru mendaratkan patin 7kg hari Isnin yang lepas..huhu. Aku mengambil port yang terletak berhampiran pintu air dan terdapat pokok2 rendang untuk aku berteduh.

         Aku terus membuat balingan.  Tak lama lepas tu pemancing tadi beredar selepas tiada menerima satu ragutan pun. Lepas menunggu lebih kurang 15 minit, tetiba hujung joran bergerak2 seakan2 umpan sedang dikutis ikan. Bilamana joran semakin menunduk menandakan umpan dikumam ikan, aku terus melakukan sentapan dan dapat dirasakan mata kail sudah tecacap kukuh pada mulut ikan.. ikan terus memecut laju ke tengah sungai untuk melepaskan diri. Lepas beberapa ketika ikan berjaya dihela ke tebing. Alhamdulillah..berjaya jugak aku mendapatkan lesen patin liar ni.

Port kedua...


Kat seberang tu ada 3 pemancing yang sedang mencuba nasib.

Patin pertama

820 gram aje

                    Aku membuat balingan kedua di spot yang sama...tak sampai 10 minit, umpan dilarikan lagi. Dapat dirasakan ikan yang memakan umpan tu bersaiz besar. Malangnya boleh tersangkut pulak kat tengah2 sungai tu. Mungkin batu ladung yang tersangkut kat celah2 batu sebab aku main mata gantung...ladung kat bawah, mata kat atas. Tarik punya tarik terus putus. Takpa, bukan rezki la tu. Ikat mata baru, cangkuk umpan, baling lagi kat spot yang sama. Memang berkesan betul roti canai ni, tak sampai 10 minit, ikan dah mula menggetu umpan. Aku biarkan dia main-main dulu. Bila hujung joran menunduk aje, terus aku rembat tanpa belas kasihan.

Dan akhirnya, land lagi seko

Kecik sikit

Lepas land ikan tu, aku terus berkemas2 untuk pulang. Tak boleh tamak..hehe. Hari pun macam nak ujan dah.

Ambik gambar hasil dulu. Jadi la buat permulaan.

Sekian sahaja report buat kali ni... Tunggu selepas musim hujan reda kembali nanti...

_____________________________________________________________________________________

Hujan masih turun tak menentu sekarang ni. Ahad lepas ( 1 Mei 2011) aku redah sekali lagi sebab sabtu tu tak ujan. Rupa2nya air masih keruh dan arus agak laju. Kali ni aku berdua ngan Wan. Ada gak la hasil. Masih lagi menggunakan roti canai sebagai umpan.








Isnin, 14 Februari 2011

PORT PANJAT BUKIT...

Semalam, Ahad 13 Julai 2011 aku memanjat bukit Dam Talang sensorang dengan tujuan menghilangkan gigil sebab dah lama tak tarik toman. Sampai kat gigi air +-7.00 pagi.. Suasana dam pagi tu memang tenang-setenangnye...(rugi tak snap gambar). Paras air pun dah naik sebab hujan lebat beberapa minggu lalu.

       Pagi tu sorang umat pun tara...yahuuu..buleh cast pueh2.. Memula guna katak terbang kat celah2 rumput kat pintu air dam.. Ada sambaran dari ikan mungkin sebarau/toman curut tapi tak lekat. Lepas 15 minit aku kat pintu air, aku pindah port ke area tempat parking bot. Dari jauh nampak ada ikan yang sedang bermain2 air. Kali ni aku pertaruhkan pencil R2C bubble pen 9cm yang dah aku buang kaler asal jadi "transparen". Dalam 3 ke 4 kali lenggok, satu sambaran yang cukup padu dengan hamburan air disertai letupan yang cukup kuat memecahkan kesunyian pagi.. Yes!! hook up! Uish, besar ni kata aku dalam hati. Dalam kepala dah terbayang2 kalo dapat land ikan ni boleh posing puas2 sambil geget rod..hehe.. Pump punya pump, layan punya layan dalam 10 minit cam tu, ikan pun dah rapat ke tebing.. Mak oi, besar ni..tapi ikan masih belum menunjukkan tanda2 dah surender.. Masa aku nak turun ke gigi air nak tarik shock leader, tetiba toman tu buat henjutan terakhir yang menyobabkan mata kail lucut dari mulut beliau... Aduhai..... hampa.. Tapi takpa, mungkin bukan rezki aku.. kira rezki mata je la..haha

         Lepas ambik nafas dalam 10 minit aku teruskan usaha menjejak si toman.. masih lagi dengan lure yang sama, aku berjaya mendapatkan toman pertama pagi tu. Terubat gak hati walaupun saiz curut yo..


Lepas tu pindah ke port yang ada anak sungai kat hujung dam lak..kat situ land lagi seko dengan lure yang sama...pun curut lagi..hihi


Lama gak aku kat spot tu sebelum repeat balik kat port aku lucut monster tadi... Lepas menunggu dalam 5 minit, nampak kelibat ikan ambik nafas dalam jarak yang boleh sampai untuk aku membaling lure.. Lure jatuh betul2 kat olak ikan tu..dalam 2 ke 3 lenggok dengan lure yang sama, kebabooooommmmm!! si toman menyambar.. Yes, lekat!! Kali ni aku sentap beberapa kali biar mata betul2 lekat kat mulut beliau... Dalam 5 minit fight, akhirnya land gak toman dengan saiz yang boleh buat aku gelak sensorang kat situ...kahkahkah... Alhamdulillah.. pueh hati den..




Lepas tu land lagi seko saiz curut...maleh dah nak amik gambar..hehe... Menjadi betul lure tu ari tu. Perati2 lagi kot2 timbul kengkawan dia.. sunyi je.. Balik la...apa lagi mau tunggu. Len kali repeat lagi... Babai..

Khamis, 6 Januari 2011

KISAH HARUAN DAN KATAK TERBANG.......


Salam....  Port meruan ni sebenarnya terletak betul2 tepi jalan utama kat sebuah kampung dalam daerah Sepang. Tak jauh dari kediaman aku.. Selalu nampak orang2 kampung membottom mungkin mancing ikan2 putih/masai/talapia.... Tapi tak pernah nampak orang casting haruan samada menggunakan katak atau pun gewang2 imitasi ikan/umpan tiruan.







Satu hari terdetik hati aku nak singgah & test port nih semasa aku on the way balik rumah dari satu lagi port mancing pikok. Balingan pertama menggunakan katak DIY terus ada sambutan. Berderau gak darah bila2 tetiba ikan menyambar. Tapi tak lekat.  Kali kedua cast, terus lekat. Hari tu aku land 2 eko buat permulaan.....









Lepas tu boleh dikatakan tetiap minggu aku repeat port nih..hehe.. Hasil2 nya..

 






Ada jugak saiz yang boleh melengkungkan rod ke tahap maksima dan mendebarkan jantung...haha.. Mungkin sebab port ni takda tekanan dari haruan hunter menjadikan haruan di sini bersenang lenang dengan makanan yang banyak dan membesar sebagai johan..hehe..








Esoknye lepas aku dapat yang saiz monster tu, aku bawak lak anak bini turun sama..kasi diorang racun sket.. Dalam +-10 minit aku casting, katak bertuah aku mendapat sambaran yang padu dari si ikan. Larian & benamannya dapat aku rasakan yang membalun katak tu adalah pemangsa yang besar & sangat lapar..haha....

















Jadi la seko tu je.. anak2 dah bising ajak balik. Cepat lak panas eh pagi tu...



Kunjungan terakhir aku kat port ni berjaya mendaratkan 2 haruan menggunakan janggut itam kuning......







KEBANYAKANNYA KENA NGAN KATAK KAYU DIY NIH...... BANYAK JASA BELIAU NI...
 SAYANGILAH KATAK & GUNAKANLAH KATAK TIRUAN...MUAHAHA.....