Isnin, 16 April 2018

PATIN SUNGAI LANGAT REVISITED

Ahad
15 April 2018
Lokasi : Sg. Langat

Sg. Langat beberapa minggu tak hujan ni jadi tumpuan ramai pemancing. Air pun surut menampakkan reba-reba, pulau-pulau batu kat tengah sungai. Bila air penuh balik nanti boleh tuju kat situ untuk balingan umpan.

Turun ke sungai jam 5.30 disambut hujan lebat tapi halus. Alang-alang dah sampai redah ja la. Ingat nak park bawah jambatan, dah ramai pulak orang nya. Set pertama cangkuk umpan roti gardenia 2 inci. Satu lagi set cangkuk cengkerik untuk baung. Siap baling umpan, aku berteduh bawah pokok sawit atas bukit. Hujan makin lebat membawa sampah kayu dan daun hanyut. Tengok keadaan tu ada rasa  macam nak angkat pancing dan balik ja. Tapi tak semena-mena joran berumpan roti tertunduk-tunduk direntap patin. Kelam kabut aku melompat dari atas bukit mengejar joran. Nasib baik cincin joran tu aku sarungkan kat cabang pancang Y. Kalau tak harus terjun dah pancing dalam sungai. Patin kat port ni pandai bawak lari umpan dalam reba. Kalau dah kena jangan bagi can. Patin pertama ni berjaya dinaikkan dengan selamat. Sementara set yang berumpan cengkerik masih sepi.

Keadaan air lepas hujan.. tenang dan menjanjikan hasil..hehe

Tak lama menunggu, strike lagi untuk balingan kedua. Kali ni ikan lebih pantas melilit reba dan akhirnya putus. Dari pemerhatian, kebanyakan kes putus disebabkan geselan gigi patin yang halus macam kertas pasir. Ini untuk yang jenis makan kail masuk habis dalam mulut.  Kalau mata kail betul-betul kat hujung bibir ok lagi sebab tak kena kat tali.  Disarankan guna perambut kasar dan keras macam Zenith atau Dupont. 30lb pun dah cukup. 

Balingan seterusnya pun tak tunggu lama ikan dah jamah umpan. Galak pulak. 





Lepas dapat yang kedua tu boleh kemas-kemas balik rumah dah la. Jam pun dah 6.30 petang. Cukup la rezeki untuk hari tu. Tapau banyak-banyak kang berat lak motor nak bawak..haha 

2 ulasan:

Hanafi berkata...

Mcm mana nk ke lokasi? X pernah dpt leses patin, help me sipo

atam berkata...

Hanafi, jalan masuk ada kandang kambing sebelah kolam pancing (Danau Pinggiran) berdepan Taman Pinggiran Putra. Sekarang dah ada gate. Motor ja lepas. Kalau gate bukak boleh masuk kereta. Pernah ada kereta tak lepas keluar sebab tuan tanah boh mangga. Satu lagi jalan masuk ikut jalan off road lepas jambatan sebelum Sek Vokasional Sepang (dulu Sek Teknik Sepang). Terus ja sampai jumpa port pintu air. Lepas pintu air tu ada 1 jambatan & pembetung air merentang sungai. Port yang paling banyak saya dapat patin. Sg Langat ni boleh kata sepanjang sungai tu menarik untuk pacak. Lebih2 lagi ada pokok ceri buat berteduh.