Khamis, 11 Januari 2018

OPS CICAK

Cicak kat rumah ni makin menjadi-jadi perangai. Berak dah la merata. Cekap lak tu lari. Tak sempat nak jentik ngan getah. Tapi, aku ada solusi yang marveles & murah. 



 Pelekat tikus TOMCAT.. RM2.90. Boleh guna banyak kali.


Letak ja kat bawah dapur/ bawah akuarium/ atas kabinet. Boleh tambah nasi/susu/ulat roti untuk penarik.

                                     Hasil bunuhan:






Rabu, 20 Disember 2017

PATIN SUNGAI LANGAT

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Lama jugak tak merasa tarikan patin liar Sg. Langat ni. Ada la beberapa kali turun dalam tahun ni tapi kumpau daa.. Lepas musim hujan & air sungai dah nampak agak cantik (maksud cantik ni dah tak nampak sampah sarap terapung dalam sungai) maka persediaan untuk menerjah pun dilakukan.

Kali ni aku campak umpan dedak ayam + perisa strawberi ja... tak target patin pun sebenarnya. Kalau dapat lampam pun dah kira ngam. 





Balingan pertama tak sampai 5 minit dah ada getuan-getuan kecil. Dalam hati aku agak kalau cara getu camni mesti patin. Sekali lagi getuan beserta getaran hujung joran aku sentap dengan segera dan ikan membuat henjutan ke arah reba. Pertarungan beberapa ketika berjaya mendaratkan seekor patin dalam skala 800 - 900 gram untuk hari itu:



Alhamdulillah... tak sangka patin sungai ni berminat dengan umpan dedak. Lepas tu beberapa cubaan semuanya tak hook up. Mungkin ikan-ikan kecil atau ikan lebih bijak mencuri umpan. Sebelum balik aku dihadiahkan seekor ikan bandaraya sebagi penutup:



Isnin, 23 Februari 2015

AMUKAN GALAH



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Sedikit repot mengudang kat Kg. Sepakat pada 31 Jan 2015 yang lalu.

Jeti : Kg. Sepakat, K. Selangor

Umpan : Perumpun

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang


Kami bergerak ke hulu sungai semasa air sedang bergerak pasang… Ni hasil sesi pagi sebelum kami berhenti rehat & solat kat pengkalan….





Masa tengah rehat2… 2 orang kampung situ balik dengan hasil beberapa ekor udang dan beberapa ekor patin. Dah ada pelanggan siap tunggu kat jeti. Sembang2 dengan pakcik tu..dia cakap “Kalau air macam ni, mintak maaf cakap la.. kalau pakai perumpun, memang TEWAS la” katanya. Huhu… aku yang dari pagi tadi cuma land 5 eko terus rasa down dek kata2 pakcik tu.. kitorang try pow lebihan umpan udang yang pakcik tu pakai..sekali dia kata nak turun balik daa…  takpa, tawakkal je lah..kalau ada rezki, campak kail kosong pun udang boleh sangkut...



Kami bergerak semula menuju ke hulu sungai... tak jauh pun.. pengkalan pun masih boleh nampak lagi. Reba pokok nipah kelihatan menarik untuk kami mencuba.. jam menunjukkan jam 3 petang. Alif mendapat strike pertama untuk sesi petang.. lepas tu dia lagi.. dan lagi sampai 5 eko. Meninggalkan aku yang baru strike seko untuk petang tu. Dan aku punyai masa untuk mengambil gambar dia..heh.

   

Tiba-tiba keadaan berubah bila mana dua joran yang aku tarik untuk cek umpan dihadiahkan udang. Lepas  pada tu, kami tak putus2 menarik udang sampaila air mula bergerak surut..dan tak sempat nak begambar dengan hasil tangkapan dalam bot dek sibuk menarik udang. Cuaca yang dari tadi tenang tiba2 dipukul angin kencang yang membawa hujan rahmat yang memaksa kami bergegas ke pengkalan dan menamatkan sesi pancingan kali ini... syukur Alhamdulillah.. walaupun takda jenggo yang didaratkan, namun kami tak tewas!! Ripiitt !!






Isnin, 25 November 2013

MELAYANG SEBARAU JURVENIL....

Elk Hair Caddis (dah lunyai).....

Balik kampung wife cam biasa mesti turun mancing kasi dapat karen...hehe..
Kali ni layan sebarau jurvenil yang rakus menghentam dry fly yang dihantar....

Layan gambo...

Hasil kunjungan pertama semasa paras air menurun...


Hasil semasa kunjungan kedua...paras air sudah naik & sebarau makin frenzy mengambil dry....









SETUP:

Reel : Zenth (R) 3/4
Rod:  Redington Pursuit
Line:  Budjet WF3
Flies: EHC


Rabu, 25 September 2013

SEBARAU RULES....

Ada masa sikit masa cuti Raya tempoh hari, air sungai pun cantik lak...
Apa lagi, operasi 'mengambil' sebarau pun dijalankan....

Alat2 untuk mengambil sebarau sungai:
Reel:   Shimano Calcutta 101b
Rod:   Daiwa Megaforce 6-12
Line:    Fins 15lb
Leader:  Berkley Fluorocarbon 20lb
Lure:    Seahawk Spoon 8gram





Selasa, 14 Mei 2013

Siakap Jinak Lagi

Janji dapat lepas gian......layannnn..

Kena dengan Gurgler (foam putih)..telan habis


Ini kena ngan clouser....putih+chartreuse

Khamis, 2 Mei 2013

FLY SIAKAP JINAK

Dicelah-celah puluhan kaki pancing yang memmbottom/casting, dapat gak aku landkan siakap ni dengan set fly....yahuuuuuuu.....